Friday 11 November 2011

Peperiksaan November 2011 & KDC

Selamat menduduki peperiksaan akhir sem sesi jun - nov 2011 bagi semua warga IPG KSAH. Berhati-hati ketika menjawab dan pastikan anda menjawab soalan yang diberikan..Jangan melalut perkara yang bukan-bukan. Ingat lah..ini adalah peluang awal dan anggaplah ia juga adalah peluang akhir. Selamat Menduduki Peperiksaan, semoga berjaya dengan cemerlang.
Juga Selamat Datang kepada peserta KDC..

Wednesday 12 October 2011

Nasihat Untuk PISMP Sem 8

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Monday 1 August 2011

Ramadhan Bulan Kemenangan

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t pada tahun ini untuk bersua kembali dengan bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh penghuni langit dan bumi iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan inilah segala pintu keampunan dan kerahmatan Allah s.w.t dibuka seluas-luasnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas kebatilan. Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di akhir. Marilah wahai seluruh umat Islam Malaysia, kita berlumba-lumba untuk membaca sebanyak mungkin ayat-ayat Allah dan cuba memahami tuntutan Allah s.w.t serta melakukan muhasabah sejauh manakah kita melakukan usaha dalam melaksanakan segala arahan Allah s.w.t dan menjauhkan diri kita daripada terjerumus ke dalam kemungkaran bersama-sama golongan yang zalim.
Ketahuillah muslimim dan muslimat, antara kemungkaran yang besar ialah apabila undang-undang Allah S.W.T yang berteraskan keadilan ditinggalkan. Maka pada bulan Ramadhan ini, isikannya dengan ketaqwaan yang jitu berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar tentang Islam agar kita memiliki kekuatan untuk merobohkan kezaliman di negara ini.
Kita percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti cahaya kebenaran akan terus terserlah mengatasi cahaya kegelapan. "Malam Itu Walaupun Terasa Panjang, Tetapi Fajar Akan Menyinsing Juga". Jadi, gunakanlah kesempatan bulan rahmat dan keampunan ini untuk memuhasabah diri kita untuk menilai samada kita telah menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim ataupun tidak.
Allah s.w.t pasti akan menganugerahkan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas dan menyucikan diri mereka dari segala bentuk kejahatan dan kezaliman.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam  surah at-Taubah ayat 40:
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Friday 17 June 2011

Selamat Bertemu Kembali

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini 18 Jun 2011, Sabtu. Esok 19 Jun 2011, Ahad. Pejam celik rupa-rupanya esok akan bermula sem 2 bagi sesi 2011 ini. Selamat kembali kepada semua rakan sekerja dan selamat bertemu seluruh warga IPG KSAH. Semoga sesi 2 ini akan terus menjanjikan kejayaan cemerlang kepada kita semua.Insya Allah